Peguam Negara Amerika Syarikat, Jeff Sessions meletak jawatan pada Rabu sebagai Ketua Pegawai Penguat Kuasa Undang-Undang selepas lebih setahun menerima serangan peribadi berhubung penyiasatan Rusia.

Sessions mengumumkan peletakan jawatannya menerusi surat kepada Presiden AS, Donald Trump dengan menyatakan 'atas permintan anda'.

Trump kemudian mengumumkan perkara sama menerusi tweet dan mengesahkan Matthew Whitaker yang merupakan bekas Peguam dari Iowa memangku jawatan itu.

Sessions merupakan antara Senator Republikan yang pertama menyokong kempen Trump ke White House.

Peletakan jawatan itu adalah kemuncak hubungan tegang di dalam jabatan Peguam Negara AS, apabila Sessions mengambil langkah tidak mahu campur tangan dalam siasatan koordinasi antara kempen presiden dan Rusia.

Trump menyalahkan keputusan untuk membuka pintu kepada pelantikan penasihat khas Robert Mueller, yang mengambil alih penyiasatan Rusia.