ULTIMA THULE, batu angkasa berais di hujung sistem solar yang ditemui kapal angkasa ekplorasi New Horizon dirakam berbentuk seperti orang salji atau snowman yang berwarna merah.
Pada sidang media pada Rabu, NASA berkongsikan beberapa imej yang dirakamkan kapal angkasa itu pada hari tahun baharu 2019 lalu.
Saintis turut mendedahkan yang Ultima Thule kemungkinan terhasil daripada dari kumpulan awan kecil yang kemudiannya bercantum dalam keadaan beku dalam sistem solar Kuiper Belt sejak 4.5 bilion tahun dahulu.
Ketika dirakam pada hari Selasa, ramai yang mengatakan imej Ultima Thule yang dikongsikan NASA kelihatan seperti pin boling. Namun setelah NASA mengeluarkan imej yang lebih jelas, kelihatan warna dan bentuk sebenar objek itu.
New Horizon yang dilancarkan pada 2006 itu telah mengembara sejauh 6.4 bilion kilometer untuk berada hampir dengan Ultima Thule pada jarak 3,540 kilometer.
ARTIKEL BERKAITAN: Asteroid gergasi bakal memasuki atmosfera bumi?
ARTIKEL BERKAITAN: Asteroid bentuk tengkorak manusia bakal rentas bumi
ARTIKEL BERKAITAN: Asteroid gergasi diramal menghentam bumi pada 2135
Kapal angkasa itu membawa misi ke pinggir sistem solar dengan tujuan mengkaji planet Pluto serta lima bulan yang mengelilingi planet itu.
BACA: Kapal angkasa NASA tiba di objek paling jauh pernah diterokai
Pada 2015 ketika misi melintasi planet Pluto, New Horizon berjaya membuktikan saiz planet Pluto adalah lebih besar dari yang dibayangkan selama ini.
Ia kemudian meneruskan pengembaraan sejauh 1.6 bilion kilometer melepasi Pluto untuk misi kedua di kawasan Kuiper Belt.
Astro Awani
Thu Jan 03 2019
Ultima Thule yang ditemui kapal angkasa ekplorasi New Horizon dirakam berbentuk seperti orang salji atau 'snowman' yang berwarna merah.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prob penyelidikan Tianwen-1 China berjaya mendarat di Marikh
Kenderaan perayau Zhurong, sebahagian daripada alat pendarat dan peronda akan menjalankan misi seterusnya.
Jelaslah kini, batu angkasa Ultima Thule berbentuk snowman berwarna merah
Ultima Thule, batu angkasa berais di hujung sistem solar yang ditemui kapal angkasa ekplorasi New Horizon dirakam berbentuk seperti orang salji atau snowman yang berwarna merah.