Tumpu ibadah, jangan sibuk berswafoto.
Itu antara matlamat kerajaan Arab Saudi melarang jemaah haji mengambil gambar di dalam masjid ketika menunaikan rukun Islam yang kelima.
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan pihaknya telah mendapat surat makluman rasmi daripada Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri berkaitan larangan bergambar di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
"Berdasarkan kepada surat tersebut, penguatkuasaan larangan ini dikeluarkan bagi memastikan ketenteraman beribadat, mengelakkan sebarang tindakan yang mencetuskan gangguan serta demi memelihara kesucian dua masjid suci tersebut," kata TH dalam satu kenyataan.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah berkata, TH mengambil tindakan proaktif dengan memaklumkan larangan tersebut kepada semua bakal haji semasa Kursus Asas Haji yang dilaksanakan di seluruh negara bermula 2 Disember ini.
Penerangan dan nasihat melalui laman media sosial akan turut dilakukan secara berkala kerana ia lebih cepat dan mudah.
"Jemaah Haji Malaysia disarankan mematuhi segala peraturan semasa di tanah suci dan terus menjaga nama baik negara berdasarkan kepada pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai negara yang mempunyai jemaah haji yang berdisiplin dan mematuhi undang-undang," tambahnya.
Azizul Azwa
Wed Nov 29 2017
Penguatkuasaan larangan mengambil gambar di dalam masjid di tanah suci dikeluarkan bagi memastikan ketenteraman beribadat, mengelakkan sebarang tindakan yang mencetuskan gangguan serta demi memelihara kesucian masjid. - Gambar hiasan
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan
Perbandaran Kota Suci Makkah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan.
Mesyuarat OIC minggu depan bincang mengenai Palestin
Sesi itu akan berlangsung di ibu pejabat di bandar Jeddah, Arab Saudi.
Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula terima pengunjung
Pengunjung dapat secara langsung melihat pelbagai anugerah yang pernah diterima Ronaldo.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada normalisasi dengan Israel tanpa Palestin yang merdeka - Arab Saudi
Dakwaan Amerika Syarikat bahawa Arab Saudi sedia mengadakan perbincangan normalisasi dengan Israel tidak benar.