PERDANA Menteri Jepun Shinzo Abe akan memanggil pilihan raya mengejut bagi mendapatkan mandat lebih kukuh daripada rakyat, dipercayai ketika negara itu merancang untuk bertindak balas terhadap ancaman Korea Utara.

Abe berkata beliau akan membubarkan dewan itu pada Khamis selepas mengadakan perbincangan sebaik cuti musim panas.

"Saya akan menunjukkan kepimpinan yang kuat dan berada di hadapan dalam membantu negara berdepan krisis," kata Abe merujuk kepada isu Korea Utara, antara lain.

"Ini tanggungjawab saya sebagai ketua dan misi saya sebagai perdana menteri," tambahnya.



Pilihan raya tersebut dijangka diadakan pada 22 Oktober ini.

Beliau sebelum ini dijangka membuat keputusan itu kerana mengambil kesempatan daripada situasi semasa negara itu yang memihak kepadanya.

Kedudukan sokongan kepada pemimpin itu meningkat sekitar 50% berbanding 30% pada Julai lalu.