Beberapa gempa bumi yang berpusat pada kedalaman yang cetek menggegarkan bahagian barat Jepun pada Isnin.

Gempa bermagnitud 5.8 pada 4.32 petang waktu tempatan itu diukur oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada kedalaman 10km, menyebabkan gegaran yang kuat di bahagian-bahagian wilayah Shimane di pantai Laut Jepun.

Menurut pegawai JMA di sebuah taklimat media, rantau itu mungkin akan mengalami beberapa gegaran lagi sepanjang minggu, terutamanya dalam dua atau tiga hari akan datang.

Gegaran sekuat itu boleh menyebabkan dinding runtuh, jalan retak dan mencetuskan tanah runtuh.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengukur gempa awal pada magnitud 5.6 pada kedalaman 7km.

Biasanya, gempa bumi yang berpusat pada kedalaman yang cetek akan menyebabkan kerosakan lebih besar.