Berita  | Dunia

Jepun tarik balik amaran tsunami

Jepun tarik balik amaran tsunami
Jepun mengaktifkan amaran tsunami selepas gempa dengan kekuatan 6.8 magnitud menggegarkan barat laut negara itu.
TOKYO: Jepun menarik balik amaran tsunami susulan gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan negara matahari terbit itu pada Selasa.

Menurut laporan media antarabangsa, agensi meteorologi negara itu menarik balik amaran berkenaan pada jam 1.02 pagi ini (waktu tempatan).

Ia berikutan hanya ombak kecil berukuran 10 sentimeter dikesan di sepanjang pantai laut Jepun, di utara Tokyo.
Terdahulu, Jepun mengaktifkan amaran tsunami selepas gempa dengan kekuatan 6.8 magnitud menggegarkan barat laut negara itu.

Jabatan Meteorologi Jepun menjangkakan ombak setinggi satu meter melanda pesisir pantai sekitar utara Tokyo.

Perkhidmatan kereta api di rantau itu turut dihentikan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kira-kira 200 kediaman berdepan gangguan bekalan elektrik susulan gegaran itu.

Setakat ini tiada kecederaan serius mahupun kerosakan harta benda dilaporkan.




Tag: gempa bumi, Tokyo, Jepun, Amaran Tsunami


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.