Jepun akan menamatkan perkhidmatan era alat perhubungan pager tahun hadapan selepas lima dekad sebagai pembekal terakhir apabila diumumkan semalam.

Tokyo Telemessage merupakan satu-satunya penyediaan perkhidmatan pager berkata, pihaknya memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan itu di Tokyo dan tiga kawasan kejiranan pada September 2019 dan keputusan itu amat berat untuk dilakukan.

"Pager sangat popular dan menjadi rebutan... tetapi kini pengguna semakin berkurangan hingga menurun kepada 1,500 pengguna," kata syarikat itu dalam satu kenyataan sambil menambah pihaknya telah menghentikan pembuatan peranti itu sejak 20 tahun yang lalu.

Pager dikenali sebagai 'poke-beru' di Jepun menjadi sangat popular pada tahun 1990-an terutama dalam kalangan gadis sekolah yang obses kepada fungsi teks mesej tersebut.

Kemuncak pada tahun 1996, teknologi ini berjaya mencapai lebih daripada 10 juta pengguna, menurut data kerajaan.

Bagaimanapun teknologi telefon pintar terlalu pantas mengubah teknologi pager yang mengakibatkan pengguna semakin berkurangan.