Tutup

Berita  | Dunia

Jersi Obama yang dibuang dilelong pada harga RM500,820

Jersi Obama yang dibuang dilelong pada harga RM500,820
Jersi itu dianggarkan bernilai AS$100,000 (RM417,350) sebelum ia dijual pada sesi lelongan berkenaan. - GAMBAR AP NEWSROOM
WASHINGTON: Kalau sebelum ini botol sos tomato bertatu penyanyi terkenal Ed Sheeran berjaya dilelong dengan harga melebihi RM18,000, namun lain pula cerita mengenai jersi bola keranjang milik, Barack Obama.

Media antarabangsa melaporkan jersi bernombor 23 yang pernah dimiliki bekas Presiden Amerika Syarikat itu berjaya dijual pada harga RM500,820 pada Ahad.
Menurut rumah lelongan dari Dallas, Heritage Auctions, jersi berwarna putih yang tertera perkataan "Punahou" itu dikatakan pernah dipakai Obama ketika berusia 18 tahun ketika menuntut di sekolah tinggi Punahou di Hawaii.

Jersi itu dianggarkan bernilai AS$100,000 (RM417,350) sebelum ia dijual pada sesi lelongan berkenaan.
Bagaimanapun, identiti pembeli bertuah itu tidak didedahkan.

Sementara itu, memetik The Los Angeles, jersi itu ditawarkan oleh Peter Noble, yang merupakan penuntut junior di sekolah yang sama dengan Obama.

Noble, 55, yang tinggal di Seattle, Washington berkata, jersi itu telah dibuang sebelum mengambilnya memandangkan ia masih lagi dalam keadaan baik.

Beberapa tahun selepas itu, dia melihat gambar lama pemimpin dunia itu memakai jersi bernombor 23 ketika Kejohanan Negeri di Hawaii pada tahun 1979.

“Saya mengambilnya kerana mereka membuang (jersi tersebut). Ia tidak bermakna apa-apa lagi,” katanya.

Rumah lelongan tersebut memaklumkan jersi itu padan dengan jersi yang dipakai Obama, yang mana gambar memaparkan beliau duduk di bangku simpanan semasa kejohanan tersebut berlangsung.

Obama memang diketahui sebagai peminat sukan bola keranjang dan sering dilihat bermain permainan itu ketika berkhidmat di Rumah Putih, bersama dengan kakitangannya, beberapa selebriti serta tetamu lain.


Tag: Barack Obama, AS, Washington, Los Angeles, Jersi bola keranjang, Jersi bernombor 23, Ed Sheeran, rumah lelongan, dilelong, he Los Angeles



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.