Tutup

Berita  | Dunia

Joe Biden tawar diri sebagai calon Presiden Amerika Syarikat

Joe Biden tawar diri sebagai calon Presiden Amerika Syarikat
Kempen Biden bagaimanapun sudah berdepan cabaran apabila beliau terpalit dengan kontroversi bersama beberapa wanita. Foto AP Photo
WASHINGTON DC: Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengumumkan hasrat untuk berentap dalam perebutan jawatan Presiden Amerika Syarikat.

Kempen Biden bagaimanapun sudah berdepan cabaran apabila beliau terpalit dengan kontroversi bersama beberapa wanita.

Beliau dituduh menyentuh calon Gebenor Nevada 2014 Lucy Flores, namun dakwaan itu dinafikan Biden.

Penganalisis berpendapat antara cabaran utama Biden dalam perebutan pencalonan presiden Parti Demokrat ialah untuk menyaingi calon-calon lain yang mempunyai kepelbagaian latar belakang serta lebih muda.
Keadaan ini dijangka menyukarkan beliau untuk mendapatkan sokongan ahli parti yang lebih muda.

“Parti Demokrat mahu menampilkan calon-calon yang lebih muda dan mempunyai latar belakang yang lebih pelbagai dan demografi Biden tidak selari dengan kepelbagaian latar belakang calon-calon lain,” kata Michael Traugott dari Pusat Kajian Politik Universiti Michigan.
Bagaimanapun, kearifan dasar luar serta keupayaan untuk menarik golongan pekerja dijangka bakal memberikan kelebihan untuk Biden.




Tag: joe biden, US Presidential Election, potus, pilihan raya, pilihanraya, Amerika Syarikat, presiden, Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Presiden Amerika Syarikat



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.