ANGKASAWAN yang pernah menjejakkan kaki di bulan John Young dan juga bertanggungjawab sebagai pengarah dalam misi ulang-alik angkasa pertama, meninggal dunia, menurut satu kenyataan Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA).

Agensi angkasa itu berkata, Young meninggal dunia pada Jumaat berikutan komplikasi radang paru-paru dan berusia 87 tahun.

NASA berkata Young adalah satu-satunya angkasawan agensi untuk melakukan misi ke angkasa sebagai sebahagian daripada program Gemini, Apollo dan angkasa lepas selain individu yang pertama terbang ke angkasa sebanyak enam kali.

Young yang meninggal dunia di rumahnya di Houston juga merupakan lelaki kesembilan berjalan di bulan.