Presiden Indonesia Joko Widodo pada Jumaat menegaskan bahawa pentadbirannya mahu menghentikan kemasukan tenaga kerja republik itu sebagai pembantu rumah di luar negara.
“Dalam tempoh yang sesegera mungkin, kita hentikan penghantaran tenaga kerja Indonesia sebagai pembantu rumah.
"Kelaziman wanita Indonesia ke luar negara untuk bekerja sebagai pembantu rumah harus secepat-cepatnya dihentikan. KIta perlu ada keyakinan dan harga diri,” ujarnya seperti yang dilaporkan media republik berkenaan.
Joko yang senang disapa sebagai Jokowi berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama Musyawarah Nasional II Parti Hanura (Hati Nurani Rakyat) di Solo.
Dalam majlis itu, Jokowi mengatakan beliau mempunyai pengalaman pahit sewaktu melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, Brunei dan Filipina.
Pengalaman paling pahit, menurut Jokowi, adalah ketika membuat kunjungan perdana ke Malaysia.
Hatinya ‘sakit’ apabila menerima laporan bahawa daripada sejumlah 2.3 juta tenaga kerja Indonesia di seluruh dunia, 1.2 juta darinya adalah tanpa dokumen yang sah.
Kebanyakan daripada tenaga kerja Indonesia di Malaysia berkhidmat sebagai pembantu rumah.
Sewaktu Jokowi bercakap tentang hasrat menghentikan penghantaran warganya sebagai pembantu rumah di luar negara, beliau disambut tepukan gemuruh namun Jokowi telah mengingatkan hadirin dalam majlis tersebut supaya ‘jangan bertepuk tangan’.
Peringatan itu dipercayai diminta Jokowi kerana beliau mahu menunjukkan bahawa isu tersebut sangat serius dan sesuatu perlu dibuat bagi mengelakkan lebih ramai warganya bertaraf pendatang tanpa izin di negara asing.
“Ini soal martabat bangsa, apatah lagi kalau tenaga kerja kita bermasalah dengan negara jiran,” ujar beliau yang mengakui hatinya terguris ketika menerima laporan tenaga kerja Indonesia yang banyak memasuki Malaysia secara haram.
Jokowi telah meminta Menteri Tenaga Kerja Indonesia untuk segera menyelesaikan perkara tersebut termasuk secara berperingkat membawa pulang kesemua warganya yang berstatus pekerja tanpa izin di negara asing.
Agensi
Sat Feb 14 2015
Hatinya sakit apabila menerima laporan bahawa daripada sejumlah 2.3 juta tenaga kerja Indonesia di Malaysia, 1.2 juta orang adalah bertaraf pendatang haram. - Gambar fail
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun sudah jadi tunang orang
Sebuah rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia menjadi tular di media sosial.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.