HANOI:Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un tiba di Vietnam untuk Sidang Kemuncak kedua dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Pertemuan ini adalah yang kedua untuk kedua-dua pemimpin sejak sidang kemuncak yang lalu di Singapura pada Jun tahun lalu.

Jong-Un dan Trump dijangka meneruskan rundingan untuk pembubaran program nuklear Pyongyang untuk kestabilan di semenanjung Korea.

Sebelum ini Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata, Washington berharap pertemuan itu akan membuahkan hasil sebanyak mungkin.

Memetik sumber, Reuters melaporkan bahawa Kim akan bertemu dengan pegawai kerajaan Vietnam ketika tiba di Hanoi.

Jong-un juga akan melawat kawasan perindustrian Vietnam di Bac Ninh dan bandar pelabuhan perindustrian Hai Phong.

BACA: Trump dan Jong Un palsu ditahan polis Vietnam