Sejumlah 1.5 juta warga Amerika Syarikat (AS) memohon untuk bantuan pengangguran pada minggu lepas.

Angka ini dilihat masih tinggi biarpun dengan pembukaan banyak operasi ekonomi dan penambahan pekerjaan di AS.

Namun, jumlah pemohon menurun untuk 11 minggu berturut-turut. Ini selepas jumlah pemohon mencapai tahap tertinggi sebanyak 7 juta orang pada Mac.

Menurut laporan, pasaran pekerjaan telah mula pulih dan pada Mei, sejumlah 2.5 juta pekerjaan diwujudkan.

Biarpun begitu jelas pegawai firma penempatan pekerjaan Challenger, Gray & Christmas, Andy Challenger, angka pengangguran masa lagi berada pada 21 juta orang.

“Sekarang pembuangan pekerja mula beralih daripada sektor yang teruk terkesan seperti perniagaan kecil dan kini ia berlaku dalam syarikat besar yang berdepan permintaan rendah yang berterusan ke atas produk mereka,” katanya.

Laporan menyatakan pembukaan semula ekonomi AS mewujudkan permintaan yang sangat tinggi daripada pengguna.

Dua pertiga ekonomi AS disumbang oleh perbelanjaan pengguna termasuk pembelian runcit dan makan di luar.