Seorang jururawat disyaki membunuh dua anaknya sebelum bertindak membunuh dirinya sendiri di bandaraya di Barat Laut Aymavilles Itali.

Kejadian berlaku pada Khamis disedari oleh suami suspek yang menemui kesemua mayat mereka sebaik sahaja tiba di rumah selepas pulang dari kerja.

Wanita berusia 48 tahun dipercayai membunuh kedua-dua anak mereka yang berusia sembilan dan tujuh tahun itu dengan menggunakan suntikan maut.

Menurut jiran mangsa, beliau mendengar berlaku pertengkaran membabitkan wanita itu dan suaminya pada malam sebelum kejadian.

Wanita itu turut meninggalkan nota yang tertulis bahawa beliau tidak lagi mampu untuk meneruskan kehidupan.

Polis masih lagi menyiasat punca sebenar yang menyebabkan wanita itu bertindak sedemikian.