Seorang jurutera yang sedang membantu misi menyelamat di sebuah kawasan pergunungan di Colombia maut apabila dilibas kipas helikopter yang dihantar untuk misi tersebut.
Dalam kejadian di pedalaman daerah Cauca itu, mangsa Ivan Andrés López Londoño yang berada di puncak pergunungan bersama seorang lagi jurutera cuba memberi panduan kepada juruterbang untuk menurunkan pesawat di kawasan berceranggah itu.
Namun ketika juruterbang cuba mengawalnya, helikopter itu tiba-tiba senget lalu kipasnya terkena badan mangsa yang berada di tanah.
Menurut laporan, helikopter penyelamat itu dihantar untuk menyelamatkan sebuah lagi helikopter yang terhempas seminggu sebelum itu akibat masalah teknikal.
López Londoño yang bekerja sebagai pengurus penyelenggaraan maut apabila badannya terputus dua dalam kejadian ngeri itu.
Juruterbang pesawat itu walau bagaimanapun hanya mengalami kecederaan pada pergelangan tangan selain lebam-lebam dan dihantar ke hopsital untuk rawatan.
Siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kejadian.
Agensi
Thu Apr 26 2018
Lopez Londono (baju putih) maut dilibas kipas helikopter yang dihantar untuk misi menyelamat. -Twitter/ RCN News
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Jurutera maut badan terputus dua dilibas kipas helikopter
Menurut laporan, helikopter penyelamat itu dihantar untuk menyelamatkan sebuah lagi helikopter yang terhempas seminggu sebelum itu akibat masalah teknikal.