KABINET baharu Thailand di bawah pimpinan Perdana Menteri Prayuth Chan-Ocha mengangkat sumpah di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida di Istana Dusit di Bangkok, pada Rabu.

Prayuth merombak barisan Kabinet pada minggu lalu sebagai usaja menangani kemerosotan ekonomi negara itu akibat COVID-19.

Rombakan itu dibuat ketika meningkatnya desakan oleh penunjuk-penunjuk perasaan pro-ekonomi yang menggesa mereka untuk meletak jawatan.

Pembentukan Kabinet baharu itu dilakukan pada hari ulang tahun kelahiran Ratu Suthida.

Pasangan Diraja itu kemudiannya mengunjungi kuil Buddha Zamrud di istana besar itu.

Penampilan Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida itu dibuat dua hari selepas pergerakan pelajar mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran, menuntut pembubaran kerajaan, pindaan perlembagaan dan menamatkan ugutan terhadap rakyat.

Kumpulan pelajar itu mempamerkan tindakan tersusun yang diilhamkan daripada tunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong dengan puluhan demonstrasi dirancang di seluruh negara, termasuk di universiti dan bandar utama, minggu ini.