Seekor kambing dihadapkan ke mahkamah Sydney kerana kesalahan makan bunga di Muzium Seni Kontemporari di bandar itu.

Gary dan pemiliknya Jim Dezarnaul berdepan saman lebih $400 (RM1283.26) sekiranya sabit kesalahan vandalisme terhadap tanaman.

Bagaimanapun, kes terhadap Gary digugurkan dan saman yang dikenakan ke atas pemiliknya dibatalkan.

Mahkamah memutuskan polis tidak mempunyai cukup bukti untuk menuduh pemilik Gary, Jim Dezarnaul bertanggungjawab ke atas tindakan kambing itu.

Mahkamah juga memutuskan polis mengeluarkan notis saman yang salah.