Berita  | Dunia

Kanada tarik balik taraf warganegara kehormat Suu Kyi

Kanada tarik balik taraf warganegara kehormat Suu Kyi
Penggubal undang-undang Kanada sebulat suara mengundi menarik balik taraf warganegara kehormat yang dianugerahkan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi pada 2007. -Gambar fail
OTTAWA: Penggubal undang-undang Kanada sebulat suara mengundi menarik balik taraf warganegara kehormat yang dianugerahkan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi pada 2007.

Keputusan berkenaan diambil susulan kegagalan Suu Kyi menangani jenayah serta kekejaman terhadap minoriti Rohingya.

Bagaimanapun, keputusan oleh anggota Dewan Rakyat itu tidak berkuat kuasa serta merta, kerana taraf warganegara kehormat diberi mengikut resolusi bersama Dewan Negara.
Justeru, Dewan Negara perlu mengambil tindakan sama menerusi undian bagi menarik balik anugerah yang diberikan kepada Suu Kyi pada 2007 berkenaan.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Justin Trudeau berkata, beliau akan meneliti cadangan itu tetapi pada masa sama, mengakui tindakan itu tidak akan menamatkan krisis di Myanmar.

Usul untuk membatalkan anugerah warganegara kehormat itu dusulkan anggota pembangkang dari Parti Bloc Quebecois, Gabriel Ste Marie.

Minggu lalu, Dewan Rakyat Kanada, secara sebulat suara menyifatkan insiden ke atas etnik Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai.- Reuters


Tag: Aung San Suu Kyi, Myanmar, Rohingya, warganegara kehormat, Justin Trudeau


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.