Sepuluh kanak-kanak antara 11 yang maut dalam letupan trak pengangkut kanister gas di barat Herat, Afghanistan.

Insiden pada lewat petang Jumaat itu turut mengakibatkan 18 orang lagi cedera.

Jurucakap Hospital Wilayah Herat, Rafiq Sherzai memaklumkan 4 daripada mangsa yang cedera terpaksa dikejarkan ke Iran selepas terbakar 90 peratus anggota badan.

Menurut Sherzai, letupan berlaku di halaman premis sebuah syarikat bekalan gas yang terletak bersebelahan kem penempatan pelarian. Letupan kuat mengakibatkan trak terbabit terpelanting ke dalam kem berkenaan.

Insiden letupan gas sering berlaku di Afghanistan berikutan penggunaan botol bagi mengisi gas memasak secara meluas di negara itu