SEORANG kanak-kanak ditemukan mati dalam ruang pendaratan pesawat Air France sejurus mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris, pada 7 Januari.

Kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai penumpang gelap itu dipercayai terperangkap dalam ruang gear pendaratan pesawat AF703 dari Abidjan, Ivory Coast.

Mayatnya dijumpai pada pukul 6.40 pagi (waktu tempatan), setengah jam selepas pesawat Boeing 777 tersebut dijadualkan mendarat.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti kanak-kanak yang dipercayai seorang warga Afrika.

Air France dalam pada itu melahirkan simpati di atas tragedi yang meragut nyawa kanak-kanak tersebut.