Tutup

Berita  | Dunia

Kanak-kanak setahun parah ditembak abang berusia 6 tahun

Kanak-kanak setahun parah ditembak abang berusia 6 tahun
Seorang kanak-kanak berusia setahun parah selepas ditembak abangnya yang berusia 6 tahun semasa kedua-duanya sedang bermain senjata itu dalam sebuah bilik.
CHARLESTON: Seorang kanak-kanak berusia setahun parah selepas ditembak abangnya yang berusia 6 tahun. 

Kejadian berlaku di Charlestone, South Carolina, Amerika Syarikat pada awal pagi Sabtu ketika kedua-duanya sedang bermain senjata itu dalam sebuah bilik.
Polis kemudian tiba di lokasi kejadian, dan menemui kanak-kanak berkenaan berlumuran darah kerana ditembak abangnya.
Sepupu mangsa, seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai membawa masuk pistol berkenaan ke dalam rumah sebelum ditemui dua kanak-kanak terbabit. 

Dia kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut. 

Tag: polis, Kanak-kanak, mangsa, siasatan, rumah, lelaki


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.