Seorang kanak-kanak lelaki mempunyai hati yang besar dan mulia apabila sanggup mendermakan rambut panjangnya demi membantu mangsa kanser, di Chennai India.

Kanak-kanak berusia 3 tahun bernama Mir Katikala itu mendermakan rambutnya yang hitam dan panjang untuk dibuat rambut palsu bagi kegunaan pesakit kanser yang menjalani kemoterapi.

Inspirasi itu datang daripada ibunya Manisha yang merupakan individu bertanggungjawab dalam kempen derma rambut itu.

Manisha kehilangan ibunya akibat kanser dan berusaha untuk membantu pesakit-pesakit kanser yang lain.

Manisha tidak dapat menderma rambutnya kerana dikhuatiri mempunyai bahan kimia.

Oleh itu, Manisha memutuskan supaya anaknya Mir menyimpan rambut lebih panjang sebelum mendermakannya.

Aktiviti menderma rambut semakin popular dalam kalangan kanak-kanak sekolah di seluruh negara.