Gara-gara menentang hubungan sulit suaminya, seorang guru sekolah ditembak mati di wilayah Bawana, New Delhi pada Isnin lalu.

Seorang lelaki dan dua suspek lain kini ditahan atas dakwaan membunuh wanita berusia 38 tahun berkenaan, yang dikenali sebagai Sunita.

Tertuduh yang ditahan dikenal pasti sebagai Manjeet, 38, yang juga adalah suami si mati, teman wanitanya Angel Gupta alias Shashi Prabha, 26, serta ayah kepada Angel, Rajeev, 40.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Rohini, Rajneesh Gupta, Manjeet dipercayai menjalin hubungan dengan Angel yang juga seorang model, namun ditentang oleh Sunita, pasangan kekasih itu lalu merancang untuk 'menghapuskan' guru sekolah rendah tersebut.

Sunita ditembak sebanyak tiga kali oleh penyerang tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke sekolahnya di Haryana.

Mangsa meninggalkan seorang anak perempuan berusia 16 tahun dan anak lelaki yang baharu berusia lapan tahun.

Pihak polis kini sedang menjejak individu yang diupah untuk melakukan pembunuhan tersebut. - NDTV