Pihak berkuasa Jepun sedang giat memindahkan lebih 3,000 penumpang yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

Ia susulan satu-satunya jambatan penghubung dari tanah besar ke lapangan terbang itu rosak teruk akibat dihentam sebuah kapal tangki lebih 2 tan pada Selasa ketika taufan Jebi melanda negara itu.

Penumpang dibawa keluar menggunakan bot, manakala bas mula dibenarkan melepasi satu sisi jambatan itu selepas melalui pemeriksaan.

BACA: Taufan Jebi: Angka korban cecah lapan nyawa

Angka korban meningkat kepada 11 orang manakala ratusan lagi cedera dan masih terperangkap di bawah runtuhan.

Penumpang yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai susulan taufan Jebi menunggu perkhidmatan bas khas yang akan membawa mereka ke tempat selamat, di Izumisato. Kyodo/via REUTERS

Sementara itu, terbaru, satu gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda pulau Hokkaido pada awal Khamis waktu tempatan, tetapi tidak ada laporan kerosakan atau amaran tsunami dikeluarkan.