Berita  | Dunia

Kapal tangki bertembung kapal perang di Norway

Kapal tangki bertembung kapal perang di Norway
Pertembungan yang berlaku sekitar jam 4 pagi waktu tempatanitu menyebabkan 8 dari 137 krew kapal tersebut alami cedera ringan. Foto: AP
COPENHAGEN: Sebuah kapal tangki dan kapal perang tentera laut Norway bertembung di luar pantai barat. 

Kejadian tersebut menyebabkan penutupan sementara terminal eksport minyak mentah laut utara, iaitu kilang memproses minyak dan beberapa lapangan minyak pesisir pantai.
Pertembungan yang berlaku sekitar jam 4 pagi waktu tempatan menyebabkan lapan dari 137 krew kapal tersebut alami cedera ringan. 

Kapal perang itu dilapor terkandas dalam keadaan senget sebelah ketika tentera Norway cuba menyelamatkan kapal berkenaan. 

Laksamana Tentera Laut Norway, Nils Andreas Stensoenes, punca pertembungan itu masih dalam siasatan dan pihak tentera masih menunggu laporan penuh dari badan penyiasatan. 

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut tentang senjata api yang ada di dalam kapal tentera.