Pihak berkuasa Indonesia menggunakan kasut yang dipakai oleh mangsa korban bagi membantu proses mengenal pasti identiti penumpang pesawat Lion Air 610 yang mengorbankan 189 nyawa pada minggu lalu.

Beberapa ahli keluarga dilaporkan telah melawat pelabuhan di utara ibu negara berkenaan pada hari Khamis bagi mengenal pasti pelbagai barang mangsa dan antara barang yang dipamerkan adalah kasut Pada hari Khamis, beberapa kasut telah dipamerkan.

“Kesemua kasut ini bukan milik dia (Firmansyah Akhbar), ia berbeza kerana kasutnya berwarna merah,” kata Dessi, isteri penumpang Lion Air, Firmansyah Akbar.

Dessi turut menambah tentang semua (ahli keluarga mangsa) telah diminta untuk mengenal pasti kasut-kasut yang telah dijumpai dari lokasi pesawat terhempas.

BACA: Kronologi insiden pesawat terhempas di Indonesia

Sebelum pesawat berkenaan terhempas, menara kawalan didakwa terputus hubungan dengan penerbangan tambang murah Indonesia itu hanya selepas melakukan penerbangan selama 13 minit.

Boeing 737MAX 8 berlepas pada isnin (29 Oktober) dari Jakarta dan akan mendarat di Lapangan Terbang Pangkal Pinang.

Pasukan penyelam Indonesia berjaya menemukan kotak hitam yang mengandungi petunjuk kepada permasalahan yang mengakibatkan tragedi nahas berkenaan.