Kebakaran besar California, Amerika Syarikat semakin parah apabila dilaporkan merebak ke selatan negeri itu.

Pasukan bomba di Ventura County sedang berusaha memadamkan kebakaran terbesar dan terburuk di negeri itu yang setakat ini telah memusnahkan lebih 4o0 bangunan.

Kebakaran yang digelar Thomas Fire telah merebak ke kawasan seluas180 batu persegi iaitu 466 kilometer persegi sejak ia bermula pada Isnin lalu.

Pasukan bomba setakat ini telah menggunakan pelbagai usaha untuk memadamkan kebakaran tersebut namun tiupan angin yang kencang agak menyukarkan keadaan.