Penduduk Carrum Downs di pinggir selatan Melbourne telah dipindahkan pada Sabtu apabila kebakaran hutan di kawasan berkenaan mula memasuki kawasan kediaman mereka.

Pihak bomba negara itu terpaksa melakukan kerja-kerja pemadaman dalam keadaan cuaca panas yang melampau berserta angin kencang.

Setakat ini beberapa bangunan dan kediaman penduduk musnah akibat kejadian itu.

Dua helikopter turut digunakan untuk melakukan kerja-kerja pemadaman.

Penduduk yang dipindahkan kini terpaksa menjadikan pasar raya berhampiran sebagai tempat berkumpul.

Kira-kira 50 kebakaran dilaporkan setakat ini.