Bangunan terkenal milik Presiden Amerika Syarikat, Trump Tower di New York terbakar pada Isnin menyebabkan dua tercedera dan puluhan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba New York Ken Reilly, pihaknya telah menerima laporan kejadian kebakaran di bangunan yang terletak d ikawasan Manhattan itu kira-kira 7 pagi, Isnin waktu tempatan.

Kebakaran yang berlaku di tingkat atas bangunan itu bagaimanapun berjaya dikawal.

Jabatan Bomba New York turut memaklumkan, kebakaran dipercayai berpunca elektrik yang terletak di bumbung bangunan tersebut.

Dalam pada itu, 84 anggota bomba telah dikerahkan di tempat kejadian.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagaimanapun berada di Washington pada ketika kejadian.

Bangunan milik Trump itu menempatkan pangsapuri mewah dan ruang perniagaan.