Seorang lelaki Itali yang dilaporkan hilang di Istanbul sejak dua minggu lalu ditemui mati.

Mayat Alessandro Fiori 33 tahun itu ditemui di Kawasan Sarayburnu, Istanbul.

Kali terakhir beliau dilihat ialah pada 14 Mac yang lalu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di bandar itu.

Mayat Fiori yang merupakan seorang pengurus pemasaran dari Milan dikenal pasti oleh bapanya Eligio Fiorib dan ujian DNA sedang dijalankan untuk pengesahan identiti.

Siasatan awal mendapati bahawa Fiori mengalami kecederaan di bahagian kepala namun polis masih menyiasat kemungkinan Fiori terjatuh sebelum meninggal.

Barangan peribadi Fiori seperti telefon,dompet dan barangan lain turut ditemui .