Tutup

Berita  | Dunia

Keji! Lelaki beri isteri ubat tidur untuk meniduri anak perempuannya

Keji! Lelaki beri isteri ubat tidur untuk meniduri anak perempuannya
kanak-kanak berusia 12 tahun telah diberi dadah oleh teman lelaki ibunya sebelum di rogol. Gambar hiasan
SYDNEY: Seorang wanita di Australia hairan apabila dia dan anak gadisnya sering berasa lesu.

Lebih menghairankan lagi apabila doktor yang merawat mereka pada awalnya gagal mengesan puncanya.

Namun misteri itu terbongkar juga apabila ia rupa-rupanya berpunca daripada perbuatan kejam teman lelakinya.

Doktor yang merawat dua beranak itu mendapati punca kesihatan badan si ibu, Rachel dan anaknya itu terjejas adalah disebabkan oleh sejenis ubat tidur.
Suspek utama, Timothy James Stewart, 45, dipercayai membubuhi minuman Rachel dan anaknya dengan ubat tidur dengan niat merogol anak kekasihnya itu yang berusia 12 tahun.

Stewart dipercayai melakukan perbuatan itu setiap tiga kali seminggu demi memuaskan nafsunya.
Rachel mendakwa dia mulai curiga dengan teman lelakinya apabila anaknya tidak lagi memanggil Stewart sebagai ayah.

Malah anaknya pernah memarahinya dengan kata-kata bahawa dia tidak mengenali siapa sebenarnya lelaki itu.

Polis yang menyoal siasat Stewart mendapati lelaki itu mempunyai 99 rekod jenayah berkaitan pedofilia tidak termasuk 28 kesalahan lain.

Stewart dijatuhi hukuman penjara 32 tahun atas kesalahannya itu.



Tag: Dadah, kesihatan, Kanak-kanak, penjara, Pedofilia, kekasih, lelaki, perempuan, Stewart, Rachel



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.