KEJOHANAN Tenis Terbuka Amerika Syarikat (US Open) akan berlangsung seperti dirancang sementara menunggu keputusan rasmi dari kerajaan.

Menurut New York Times, kejohanan Grand Slam akan berlangsung dalam slot akhir pada Ogos sehingga September.

Status kejohanan sebelum ini samar apabila Amerika Syarikat (AS) sedang berperang menangani penularan COVID-19.

Kejohanan itu juga dijadualkan berlangsung di Flushing Meadows tanpa penonton dari 31 Ogos sehingga 13 September setelah mendapat sokongan ATP dan siri jelajah WTA.

Persatuan Tenis AS dijangka mengumumkan keputusan akhir minggu ini.

Di bawah garis panduan keselamatan, peserta akan dikuarantin di sebuah hotel di luar Manhattan dan hanya dibenarkan membawa seorang pengikut ke kejohanan tersebut.

Kelayakan perseorangan tidak disenaraikan sementara kejohanan beregu akan dikurangkan daripada 65 pasangan kepada 24.