PELAKON terkenal Bollywood, Aamir Khan memuat naik video baru di Twitter pada Khamis.

Klip video pendek menunjukkan Aamir mengubah penampilan menjadi lelaki tua dengan memakai rambut palsu.

Meskipun beliau tidak menyatakan untuk apa video itu, namun ia kemudiannya diketahui untuk iklan.

Selain rambut palsu, Aamir turut memastikan perutnya kelihatan boroi.

Beberapa jurusolek membantu ketika beliau membuat penampilan tersebut.

"Akan datang... di telefon anda," ciap Aamir di Twitter.

Aamir sering bereksperimen dengan penampilannya untuk berbagai iklan televisyen.

Baru-baru ini beliau terlibat dalam iklan dengan Pankaj Tripathi, di mana beliau tampil sebagai lelaki Gujerat.

Aktor itu juga pernah muncul menerusi filem Thugs of Hindustan bersama Amitabh Bachchan, Fatima Sana Shaikh dan Katrina Kaif.

Thugs of Hindostan mendapat kutipan box office ketika ditayangkan di pawagam.

Beliau juga mengumumkan projek terbaharunya iaitu pembikinan kembali filem lakonan Tom Hanks, 'Forrest Gump'.

Untuk versi Hindi, filem berkenaan menggunakan tajuk 'Lal Singh Chaddha' dan Advait Chandan akan bertindak sebagai pengarah.

"Filem saya yang terbaru diberi tajuk Lal Singh Chaddha. Ia diterbitkan bersama oleh Viacom18 Motion Pictures dan Aamir Khan Productions. Ia diarahkan oleh Advait Chandan. Ia merupakan adaptasi filem Hollywood, Forrest Gump," katanya kepada media.

"Kami telah membeli hakcipta dari Paramount dan saya akan memegang watak utama sebagai Lal Singh," katanya ketika sambutan ulang tahun kelahirannya.

Forrst Gump diarahkan oleh Robert Zemeckis telah memenangi enam anugerah Oscar antara filem terbaik, pengarah terbaik dan pelakon lelaki terbaik.

Filem yang dibintangi Tom Hanks dan Robin Wright itu berdasarkan novel Minston Groom menggunakan judul yang sama pada 1986.

Ia mengisahkan lelaki dari Alabama bernama Forrest Gump yang menyaksikan beberapa peristiwa bersejarah Amerika Syarikat di abad ke-20.