Media sosial di Indonesia kecoh selepas kelibat 'hantu' dilihat dalam rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak sedang menikmati jagung bakar di daerah Megamendung, Puncak, Bogor.

Klip dikongsi Anggih Drift Vfighter di Facebook itu menunjukkan wanita berambut panjang dan memakai baju putih duduk di tempat menjual jagung bakar tersebut.

Sehingga hari ini, video tersebut telah ditonton 335,000 kali dan dikongsi 6,500 kali.

Perakamnya, Sulastri memberitahu dia tidak sedar 'kehadiran' wanita berambut panjang itu ketika membuat rakaman tersebut.


"Saya terus hantar kepada suami. Ketika sampai di hotel, baru saya perasan tentang wanita itu dan sememangnya saya terkejut. Ketika membuat rakaman itu, hanya ada wanita yang memakai tudung hitam," jelasnya.

Di ruang komen, beberapa pengguna turut menyebut video itu mungkin telah disunting.

Namun, Sulastri menafikan dia adalah melakukan suntingan pada video tersebut.

"Ia adalah video asli. Saya sendiri menyedari kelibat itu selepas membuat rakaman itu," jelas wanita itu lagi.

Kesahihan video terbabit kini sedang disiasat. - Detik.com