Berbaju hitam dengan selendang melilit kepala, seorang ibu tunggal menggagahkan dirinya yang berkaki ayam untuk mengharungi keperitan cuaca panas terik, dengan seorang bayi yang dikendongnya.
Kening kedutnya nya tidak berhenti-henti berkerut dan air matanya seakan-akan bisa mencurah bila-bila masa.
Jamalidah, 28, diperhatikan sabar menunggu giliran untuk seorang doktor memeriksa keadaan anaknya yang masih memejamkan mata.
Keliru dan buntu terpampar di wajahnya, seolah-olah sedang menghitung nasib, apa yang akan terjadi kepada anaknya itu.
“Anaknya kekurangan air dan perlu ke hospital segera untuk rawatan lanjut,” ujar sukarelawan MERCY Malaysia Dr T. Sockalingam, selepas selesai melakukan pemeriksaan anak Jamalidah itu yang baru berusia satu tahun.
"Jika tidak, keadaan anaknya akan menjadi lebih teruk," tambah Dr Sockalingam.
Perkara itu disampaikan kepada Jamalidah menerusi seorang penterjemah.
Dia masih diam terkedu, ke mana pula seharusnya dia pergi selepas ini memandangkan baru 10 hari menjejaki negara orang.
Jamalidah masih tidak biasa dengan koordinasi lokasi-lokasi di kem itu untuk mendapatkan bantuan di Kutupalong ini.
Di mana pula terletaknya hospital, jika lokasi untuk mendapatkan bantuan seperti tikar dan air yang bersih sukar dicari?
Jamalidah meluahkan rasa kebimbangannya itu kepada penulis, memandangkan tiada siapa dapat membantunya untuk beratur mendapatkan bantuan.
Kebiasaannya di sebuah kem pelarian, seorang suami atau mana-mana ahli keluarga lelaki akan mewakilkan diri mereka untuk mengambil bantuan di pusat pengagihan.
Namun bagi Jamalidah, dia tidak mempunyai siapa-siapa di sini.
Ceritanya, dia menyaksikan sendiri suaminya diheret askar Myanmar dan diikat tangan.
“Mereka menangkap dan membunuh suami saya,” jelasnya.
Ketika itu, hanya ada satu perkara yang perlu dilakukan oleh Jamalidah. Lari menyelamatkan diri bersama anaknya.
Kisah Jamalidah hanyalah satu daripada seribu cerita gelap dan duka dalam kalangan lebih 500,000 pelarian Rohingya yang menumpang di kem pelarian negara jiran, Bangladesh.
Setakat ini, katanya dia sudah mendapat bantuan khemah untuk dia dan anaknya berteduh.
“Tapi bila hujan, kami akan menggigil kesejukan sebab tidur masih berlantaikan tanah.
“Saya tidak membawa apa-apa apa sewaktu lari daripada rumah di Myanmar,” tambahnya.
Jamalidah kemudiannya meninggalkan pos kesihatan yang dikendalikan oleh MERCY Malaysia itu dengan beberapa persoalan.
"Apa yang akan terjadi pada dirinya pada masa hadapan?"
"Apa yang akan terjadi pada anaknya pada masa hadapan?"
"Adakah dia masih mampu hidup di negara orang ini?"
Jamalidah menggenggam erat surat rujukan yang ditulis oleh Dr T. Sockalingam tadi, mengatur langkah lokasi baru yang perlu cari, iaitu sebuah hospital di daerah ini.
*Wartawan Astro AWANI, Mariah Ahmad kini berada di Cox's Bazar untuk Misi Kemanusian Mercy Malaysia Bantu Pelarian Rohingya di Bangladesh.
**Ikuti akaun media sosial beliau di Twitter (@a_marea) bagi mengikuti perkembangan terkini situasi di kem pelarian di Cox's Bazar.
***Jika anda ingin membantu atau menderma, sila layari laman web MERCY Malaysia di: http://mercy.org.my/how-to-donate/
Mariah Ahmad
Mon Oct 16 2017
Jamalidah, 28, melarikan diri dengan sehelai sepinggang sambil mengendong anak kecilnya ke Bangladesh. - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Mercy Malaysia raih RM6 juta untuk Tabung Kecemasan Gempa Bumi Turkiye-Syria 2023
"Organisasi korporat, institusi, para dermawan dan anggota masyarakat patut menyumbang bagi memastikan pendanaan dan sokongan yang konsisten."
Mercy Malaysia aktifkan Pusat Operasi Respons Banjir
Bantuan kemanusiaan merangkumi sokongan penjagaan kesihatan; makanan dan nutrisi; air, sanitasi dan kebersihan serta logistik dan operasi.
Mercy Malaysia aktifkan pelan tindak balas kemanusiaan Afghanistan
Pelan itu merangkumi bantuan makanan; sokongan penjagaan kesihatan dan COVID-19 serta air, sanitasi dan kebersihan (WASH).
Mercy Malaysia sumbang RM500,000 aset perubatan bagi hospital medan COVID-19 Labuan
Mercy Malaysia sumbang aset perubatan di bawah tindak balas kecemasan untuk membantu melengkapkan hospital medan COVID-19 Labuan.
COVID-19: MERCY Malaysia sedia lakukan intervensi secara optimum di Sabah
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) bersiap siaga bagi melakukan intervensi secara optimum termasuk membantu frontliners di hospital
32 sekolah terpilih fasa pertama 'kiosk cuci tangan'
Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia itu akan diperluaskan di seluruh negara.
COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.
MERCY mahu kumpul RM5 juta bantu pelarian Rohingya
Kebimbangan utama MERCY Malaysia ialah berlaku wabak penyakit ekoran keadaan persekitaran yang padat dengan penduduk yang melarikan diri.
MERCY Malaysia bantu 500 pelarian Syria di Lubnan
Pasukan MERCY Malaysia kini berada di Lubnan untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria yang berada di negara tersebut.
Operasi SAR Rakyat Malaysia di Nepal bermula
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), yang digerakkan untuk membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi di Nepal, berlepas ke Kathmandu pada 6.30 pagi tadi.