Keluarga Diraja Britain mengeluarkan satu rakaman video yang jarang dipertontonkan kepada orang awam.

Rakaman yang diambil sekitar tahun 1949 itu memaparkan Ratu Elizabeth II, Puteri Elizabeth sedang meluangkan masa bergurau senda dan bermain dengan anaknya, Prince Charles di kediaman rasmi mereka.

Rakaman hitam putih itu telah dimuat naik di laman rasmi twitter DiRaja Britain -- Clarence House pada Ahad sempena sambutan Hari Ibu pada awal bulan Mei.

Video berdurasi 49 saat itu setakat ini telah berjaya mencatat lebih 1,000 likes.

Charles yang kini berusia 67 tahun baru berusia setahun ketika klip tersebut dirakam.