Lebih 115,000 hektar tanaman pokok kopi di seluruh Central Highlands berdepan krisis kekurangan air selepas hujan yang melanda kawasan itu baru-baru ini gagal mengurangkan kesan kemarau, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Akibatnya, hasil biji kopi dijangka merosot antara 30 dan 70 peratus pada tuaian kali ini berbanding kebiasaannya.

Dak Lak terjejas teruk akibat kemarau dengan 4,399 hektar daripada jumlah keseluruhan 56.138 hektar ladang kopi di kawasan itu kering kontang dan musnah sama sekali.

Kawasan yang musnah memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk dipulihkan sebelum boleh ditanam semula.

Separuh daripada 600 kawasan takungan air di Dak Lak kering kontang dan penduduk tempatan disaran menyiram pokok kopi mereka secukupnya bagi membolehkan ia terus hidup sepanjang musim kemarau.

Kebanyakan projek pengairan dan sungai di wilayah ini telahpun kehabisan air manakala paras air bawah tanah menurun antara lima dan lapan meter di beberapa kawasan.