Kementerian Luar Negeri terus memantau rapi perkembangan semasa khususnya situasi keselamatan di Yemen.

Pada masa ini, majoriti rakyat Malaysia berada di empat bandar utama iaitu Sana'a (159 orang), Hodeidah (45 orang), Aden (75 orang) dan wilayah Hadramawt (600 orang). Mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Hadramawt dan Hodeidah adalah tenang dan tidak terjejas dengan serangan udara. Walau bagaimanapun, Kedutaan telah meletakkan Sanaa, Aden dan Hodeidah di tahap berjaga-jaga, sejak kawasan-kawasan tersebut berada di bawah kawalan Houthis.

Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan bersama-sama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a sedang menyelaraskan usaha evakuasi tersebut. Kerajaan sedang mempertimbangkan semua pilihan yang ada bagi memindahkan rakyat kita keluar dari Yemen secepat mungkin.

Kementerian Luar Negeri juga memohon kerjasama rakyat Malaysia yang masih berada di Yemen untuk mendaftar dengan Kedutaan dalam kadar segera.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Sanaa, butiran adalah seperti berikut:

Alamat: Iran Street, Hadda, P.O. Box 16157 No.Tel: (00) 967-1-429781/(00) 967-1-42978 Emel : [email protected] Faks : (00) 967-1-429783

Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri juga boleh dihubungi di talian 03-8887 4570 untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.