Kempen anti-Rusia yang sedang berlangsung di seluruh dunia hanya satu langkah sia-sia dan kesannya tidak akan mengubah pendirian Moscow dalam skandal penggunaan agen saraf ke atas bekas perisiknya.

Duta Rusia ke Australia, Grigory Logvinov berkata walaupun ia tidak memberi kesan langsung kepada pentadbiran Presiden Vladimir Putin, namun jelasnya Rusia akan bertindak balas terhadap pengusiran itu.

"Apa yang berlaku adalah kempen anti-Rusia yang dirancang dengan baik dan seperti yang dinyatakan Kementerian Luar Negara semalam (Selasa), iaitu ia adalah kelakuan bodoh yang dibuat negara barat dan kita harus membalas.

"Kini terserah kepada negara barat untuk akhirnya berhenti dan memahami bahawa kempen anti-Rusia tidak mempunyai masa depan." jelasnya.

Kenyataan tersebut dibuat Logvinov sehari selepas keputusan pengusiran dua diplomat Rusia dibuat Australia pada Selasa.

Kedua-dua pegawai diplomat yang tidak dinamakan itu diberi tempoh seminggu sehingga minggu hadapan untuk meninggalkan Canberra.

"Baiklah, pertama sekali, kita lihat, bergantung, bukan isu kita, bergantung kepada barat dan negara-negara, banyak negara, 24?

"Berapa banyak negara di dunia? pertama sekali terdapat sejumlah 200 negara di dunia, dan kedua, ia adalah kes undang-undang.

"Di manakah anda melihat sebelum kes undang-undang diselesaikan dengan majoriti mudah, dengan pengundian mudah, oleh sebilangan kecil negara?" jelasnya.

Susulan sidang media yang diadakan itu Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata satu pertemuan akan diatur bersama Logvinov bagi menyampaikan mesej sebenar Canberra yang tidak bersetuju dengan tindak tanduk Moscow dalam isu tersebut.

"Saya menjangkakan untuk bertemu dengan duta besar hari ini, maka mesej saya kepada beliau adalah bahawa terdapat perilaku oleh Rusia sejak kebelakangan ini yang bertujuan untuk melemahkan perintah berasaskan peraturan antarabangsa.

"Rusia tidak bermain dengan peraturan, sama ada serangan siber, campurtangan politik, penyingkiran haram Crimea, mengganggu kedaulatan negara-negara lain. Sikap dan tingkah laku mereka terhadap penindasan MH17, dan kini satu lagi cubaan membunuh," jelasnya.

Tambah Bishop tindakan pengusiran adalah suara kolektif yang ingin dinyatakan kepada Rusia bahawa negara dunia tidak akan bertolak ansur dalam isu tersebut.