Canselor Jerman, Angela Merkel, dilihat menggeletar di khalayak ramai buat kali ketiga dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Ia berlaku ketika upacara penghormatan tentera di samping Perdana Menteri Perancis, Antti Rinne, pada Rabu.

Menurut laman web Focus, seluruh tubuh merkel menggeletar dan ia berlaku selama lebih seminit.

Kejadian pertama berlaku pada 18 Jun dalam cuaca panas ketika menerima lawatan rasmi Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy.

Pada 27 Jun lalu Merkel kemudian dilihat mengalami keadaan sama ketika mengadakan lawatan kerja ke Jepun sempena sidang kemuncak G20.

Bagaimanapun jurucakap kerajaan Jerman menjelaskan Merkel dalam keadaan sihat.