Perkara ini tidak terdapat dalam manual Do It Yourself (DIY).

Seorang lelaki yang menghias bilik mandinya dilaporkan tergelincir dan kepalanya turut tersangkut pada tangga selama lima hari dalam kejadian di timur Perancis.

Media tempatan melaporkan mangsa berusia lingkungan 60-an itu masih berada dalam keadaan sedar apabila ditemukan pasukan perubatan.

Mereka dimaklumkan tentang perkara itu oleh ahli keluarganya yang melawat lelaki itu di kediamannya di Mattaincourt berhampiran Epinal pada Jumaat lalu.

Kepalanya terperangkap antara dua anak tangga dan turut membengkak sepanjang tempoh tersebut.

Keadaan itu juga menyebabkannya tidak dapat bergerak untuk mencapai telefon miliknya.

Aliran darah pada kepalanya berkurangan dan dia telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan susulan.

Lelaki itu turut alami dehidrasi yang teruk. -Agensi