Parlimen Sepanyol pada Khamis menolak permohonan Perdana Menteri, Mariano Rajoy untuk membentuk kerajaan minoriti.

Pada pusingan undian yang dibuat, Pemangku Perdana Menteri yang menerima mandat membentuk kerajaan pada Julai lalu itu, hanya memperoleh 170 sokongan berbanding 350 kerusi Parlimen.

Daripada jumlah itu, 137 undi datangnya dari parti yang dipimpinnya, Parti Konservatif.

Bagaimanapun, Parlimen menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh bagi undian kali kedua untuk permohonan sama.

Rajoy membuat permohonan itu bagi mencapai hasrat membentuk kerajaan campuran yang telah diusahakan sejak Disember tahun lalu.

Jika bernasib baik, undian pada Sabtu mungkin akan menyaksikan pengecualian undi dari Parti Sosialis.

Sepanyol berada dalam kebuntuan politik sejak pilihan raya berkenaan dan usaha membentuk kerajaan gagal disebabkan Rajoy gagal mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Sebuah kerajaan perlu dibentuk pada Isnin ini, jika tidak, pilihan raya ketiga akan diadakan, sesuatu yang mahu dielakkan oleh kebanyakan parti di Sepanyol.