Berita  | Dunia

Kerajaan Jepun bakal haramkan produk Huawei dan ZTE

Kerajaan Jepun bakal haramkan produk Huawei dan ZTE
Kerajaan Jepun dilapor bakal mengharamkan produk komunikasi daripada Huawei dan ZTE.
Kerajaan Jepun mengambil langkah drastik apabila bakal mengharamkan produk komunikasi dua pembuat peralatan telekomunikasi utama China, Huawei Technologies Co dan ZTE Corp.

Menurut media tempatan negara itu, ia berikutan kebimbangan risiko terhadap serangan siber yang mungkin mampu dicetuskan oleh produk keluaran syarikat itu.

Arahan terbaharu itu juga dipercayai turut dipengaruhi oleh gesaan Amerika Syarikat dan sekutu lain yang menasihati Jepun daripada membenarkan produk daripada Huawei dan ZTE digunakan kerana disyaki kemungkinan mempunyai virus yang mampu memberi ancaman terhadap keselamatan siber negara.
Kerajaan Jepun juga dijangka akan melakukan perubahan kepada peraturan dalaman mereka bagi mengelakkan kedua-kedua produk syarikat itu memasuki negara itu.

Bagaimanapun setakat ini media Jepun melaporkan kerajaan negara itu masih belum mengumumkan nama kedua-dua syarikat itu melainkan hanya menamakan dua syarikat gergasi telekomunikasi daripada Cina.

Ia dipercayai bagi mengelakkan ketegangan hubungan dengan Cina ketika hubungan Amerika dan Beijing kini semakin meruncing.

Ia ditambah susulan penahanan eksekutif kanan Huawei yang mencetuskan kemarahan Kerajaan China, sekali gus menimbulkan kebimbangan global mengenai ancaman ketegangan antara Washington dan Beijing.


Tag: kerajaan, Media, Cina, China, keselamatan, Beijing, Washington, Amerika Syarikat, Jepun, serangan, virus, Huawei, ZTE


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.