Seorang lelaki di China yang terkenal dengan sifat keberanian luar biasa dan mempunyai ribuan pengikut di laman sosial Weibo miliknya bertemu ruas apabila aksinya bertenggek telah menyebabkan dia maut.
Memetik laporan BBC, Wu Yongning, 26, meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan 62 tingkat di Changsha.
Kekasihnya mengesahkan kematian Wu menerusi laman media sosial hanya sebulan kemudian.
Wu dikatakan melakukan aksi sedemikian sebagai menyahut cabaran demi memenangi sejumlah wang bernilai 100,000 yuan (RM61,582.48).
Wu sebelum itu sememangnya terkenal dengan video dramatik berdurasi pendek memaparkan dia ‘bertenggek’ di atas bangunan tinggi tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.
Namun, pengikut mula runsing apabila dia berhenti mengemas kini laman sosialnya itu sejak November.
Menurut seorang ahli keluarga yang memberi kenyataan kepada media tempatan, Wu menyahut cabaran itu kerana memerlukan wang tersebut untuk perkahwinannya dan ibunya yang sedang sakit.
“Dia sebenarnya mahu melamar kekasihnya sehari selepas hari kejadian, namun hajatnya tidak kesampaian,” tambahnya.
Sebelum ini, walaupun memaparkan aksi berbahaya di laman media sosialnya, Wu tetap memberi amaran agar penonton tidak meniru aksi berbahaya tersebut.
Agensi
Tue Dec 12 2017
Wu Yongning meninggal dunia selepas jatuh dari bangunan 62 tingkat di Changsha. -Weibo
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Kerana gian 'bertenggek', lelaki maut terjatuh dari tingkat 62
Seorang lelaki di China yang terkenal dengan sifat keberanian luar biasa dan mempunyai ribuan pengikut di laman sosial Weibo miliknya bertemu ruas apabila aksinya telah menyebabkan dia maut.