Mayat kanak-kanak berusia dua tahun ditemui terapung di Terusan Khlong Tonnun dipercayai dibunuh ibu kandungnya sendiri.

Menurut polis, kanak-kanak itu meninggal dunia akibat mati lemas dan telah terapung di terusan itu selama 3 jam sebelum ditemui.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu mendapati seorang wanita dilihat menyeberang jambatan di kawasan itu bersama anaknya sambil berpimpinan tangan.

Satu lagi rakaman CCTV menunjukkan wanita itu pulang berseorangan tanpa anaknya di sisi.

Susulan penemuan itu, polis menahan seorang wanita berusia 21 tahun di Bang Hua, tidak jauh dari tempat mayat kanak-kanak itu ditemui, Isnin lalu.

Menurut polis lagi, wanita itu sedang menunggu bas ketika ditahan dan dipercayai dalam cubaan untuk melarikan diri.

Wanita itu Wanita itu mengaku bersalah selepas disoal siasat dan siasatan lanjur mendapati dia membunuh anaknya itu kerana tertekan berpisah dengan suami.