Sebelas individu cedera selepas sebuah kereta api penumpang melanggar kereta api barang yang berada di laluannya di Romania.

Kereta api empat gerabak itu dilapor membawa sekurang-kurangnya 50 penumpang ketika kejadian pada Rabu di bandar Ploiesti.

Beberapa ambulans dan helikopter digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

Punca kejadian masih dalam siasatan.