Seorang maut, manakala lima lagi cedera apabila sebuah kereta merempuh pejalan kaki dalam kejadian di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Pihak polis memberitahu, insiden itu berlaku selepas pemandu tersebut cuba melanggar salah seorang daripada lima mangsa yang dikatakan cuba mencuri keretanya.

Selepas melanggar, pemandu itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan polis manakala keretanya disita.

"Kami tidak rasa orang ramai berisiko (untuk berhadapan kejadian seperti ini lagi)," kata jurucakap polis San Francisco sambil menyifatkan insiden itu kes terpencil.

Kesemua mangsa telah dihantar Hospital Besar Zuckerberg San Francisco, di mana seorang daripadanya didapati kritikal.

Tiga mangsa lagi mengalami kecederaan serius, namun mereka dilaporkan stabil.