Empat kanak-kanak terbunuh manakala 24 lagi cedera parah selepas sebuah keretapi merempuh sebuah bas sekolah di selatan Perancis.

Bas berkenaan membawa 20 penumpang sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Kejadian berlaku di persimpangan jalan di Millas, kira-kira 15 kilometer berhampiran bandar Perpignan, dekat sempadan Sepanyol.

Nahas turut menyebabkan bas berkenaan terbelah dua.

Operasi sedang giat dijalankan bagi menyelamatkan mangsa melibatkan 70 anggota penyelamat dan empat helikopter di tempat kejadian.

Ekoran kemalangan itu, jadual operasi keretapi turut dilaporkan terjejas.

Kesemua mangsa sedang menerima rawatan di hospital Perpignan, dan punca nahas masih disiasat.