Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhdalena Ahmad yang dilepaskan daripada tuduhan ugutan jenayah dan memiliki senjata dalam kejadian amuk di Putrajaya tiga tahun lepas, menghadiahkan sehelai selimut dengan tulisan yang dijahit sendiri kepada peguamnya M. Visvanathan.
Selimut dengan tulisan "Love has fell down from the sky & enters pure hearts. May the 'light' of humanity shines in us!" diserahkan kepada Visvanathan pada pengurusan kesnya di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat.
Visvanathan ketika ditemui pemberita memberitahu anak guamnya menyiapkan selimut itu ketika dia berada di Hospital Permai Tampoi, Johor dan berterima kasih dengan pemberian tersebut.
Mengenai prosiding pada Jumaat, Visvanathan berkata Timbalan Pendaftar Noor Aini Yusof menetapkan 29 Okt ini untuk keputusan rayuan itu berikutan Hakim Kamardin Hashim menghadiri satu kursus.
Hari ini ditetapkan untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Muhdalena, 31, daripada tuduhan ugutan jenayah dan memiliki senjata dalam kejadian amuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai oleh Mahkamah Sesyen, tahun lepas.
Pada 19 Jun tahun lepas, Mahkamah Seksyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya dalam kejadian amuk itu.
Mahkamah Sesyen mendapati wanita itu mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian dan memerintahkannya ditahan di Hospital Permai Tampoi, Johor sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Empat pertuduhan itu adalah melakukan ugutan jenayah terhadap polis bantuan Koperal Ridzuan Megat Ahmad di Kompleks 'B' JPM pada 9 Julai 2012, memiliki sebilah parang, mengingkari perintah Ridzuan supaya meletakkan senjata dan gagal mematuhi nasihat menteri supaya mendapatkan pas atau permit sebelum memasuki premis berkenaan yang merupakan kawasan larangan, tanpa kebenaran.
Bernama
Fri Oct 16 2015
Peguam M Visvanathan menunjukkan selimut yang dihadiahkan anak guamnya, Muhdalena Ahmad di Mahkamah Tinggi, pada pengurusan kesnya, Jumaat. Peguam itu berkata selimut itu dijahit sendiri Muhdalena di Hospital Permai Tampoi. - Gambar BERNAMA
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Kes Amuk: Muhdalena hadiahkan selimut kepada peguamnya
Muhdalena Ahmad yang dilepaskan daripada tuduhan ugutan jenayah dan memiliki senjata dalam kejadian amuk di Putrajaya pada 2012, menghadiahkan sehelai selimut yang dijahit sendiri kepada peguamnya.