Pendengaran permohonan Amerika Syarikat (AS) untuk mengekstradisi pengasas WikiLeaks, Julian Assange dijangka diadakan pada Khamis di London, lapor agensi berita Sputnik.

Kes akan bermula 10 pagi waktu tempatan (09.00 GMT) di Mahkamah Majistret Westminster.

Tidak berapa lama selepas penahanan Assange pada 11 April, WikiLeaks berkata AS mahu Assange didakwa atas kesalahan mengintip.

Mereka yang didapati bersalah kerana menjalankan pengintipan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

BACA: Akhirnya Julian Assange ditahan polis

Assange dituduh melakukan konspirasi untuk memecahkan kata laluan komputer Jabatan Pertahanan AS.

Pihak berkuasa UK memberikan tempoh sehingga 12 Jun untuk AS menyerahkan semua dokumen yang diperlukan.

-- BERNAMA